Tuesday, May 5, 2009

.::: Pertempuran Kapal Angkasa :::.

Salam...

Rasanya smua pon sedia maklom kan... 8 Mei 2009 sebuah filem yg bergenrekan aksi dan sains fiksyen iaitu Star Trek bakal muncul di pawagam2 yg bedekatan..... huhu... yang nih pon lom pasti aku dapat tgk or tak... wawawawa... Klu tak silap tak lama gi Transformer nak kuar lg... ha~ yg nih kompem aku leh g tgk kot hehehe...

Takpa lah pa2 pn kena sabaq byk2 lu... Kat sini da serba skit pasal filem Star Trek nih...

Filem: Star Trek
Pengarah: JJ Abrams
Pelakon: Chris Pine, Eric Bana, Zachary Quinto dan Zoe Saldana
Genre: Aksi / Sains Fiksyen
Tayangan: 8 mei 2009
Website: http://www.startrekmovie.com/



Secara ringkasnya, hasil karya sutradara JJ Abram ini mempuyai pelbagai eleman untuk mencecah kutipan pecah panggung ( mungkin kot ). Keunikan peralatan dan pakaian yang direka pereka mengikut ciri filem itu, pengunaan sistem janaan komputer (CGI) yang hebat,dialog,jalan crita, plakonnya serta penggunaan plot menarik mampu mengangkat crita ini sebagai filem hebat ( ewah tunggu dan lihat lah kart pawagan nnt puji lebih2 plak dah :p ).

Membandingkan sekuel terbaru ini dengan filem asalnya yang pernah ditayangkan di layar lebar pada 2003 iaitu Star Trek: Nemesis, kesan yang diperoleh sewaktu menonton crita ini mungkin lebih besar. Coz dulu2 penggunaan CGI kurang memuaskan. malah, jalan critanya seakan-akan sama seperti dipaparkan di kaca TV.

Kali ini Star Trek membawa penonton kepada sejarah awal bagaimana terjadinya watak Kirk,Spock,Uhura,sulu dan Scotty. sedikit sebanyak, sesiapa yang menonton filemnya yang terdahulu akan dapat melihat kisah mereka sebelum begelar anggota The Enterprise.

Permulaan 15minit pertama, penonton dibawa kepada zaman kanak-kanak James Tiberius Kirk (lakonan Chris Pine) sebagai anakladang yang hidup bebas tanpa terikat dengan peraturan.

Kerana sejarah silam yang membunuh ayahnya iaitu Kapten kapal The Enterprise, Kirk dilarang ibunya untuk mengikut jejak langkah ayahnya.Kerana itu, Kirk membesar sebagai anak ladang yang liar.

Namun, seorang kenalan ayahnya mempelawa Kirk mengikuti latihan khas untuk menjadi sebahagian anggota The Enterprise kerana percaya dengan kebolehannya. Dari sini, kita dapat lihat bagaimana Kirk mampu menjadi kapten kapal yang 'bijak'.

Secara tidak lansung, filem ini turut menceritakan bagaimana Spock ( Zachary Quinto) membesar dalam keadaan sukar. Sebagai 'Spock', dia tak seharusnya mempunyai perasaan seperti manusia, namum sebaliknya berlaku huhu....

Mengimbau kembali jalan crita Star Trek: Nemenis, sebuah kapal angkasa yang dimiliki kaum Romulan cuba menghapuskan pihak persekutuan yang menjaga alam semesta. Meskipun filem ini turut memaparkan jalan crita sama, namum impak utk filem kali ini mungkin lebih besar kot.

Kapal Romula lebih besar dan 'gerun' berbanding dulu. Mereka bukan saja menyerang kapal angkasa, tetapi turut memusnahkan planet yg dihuni pelbagai makhluk, termasuk bumi~

Menyentuh soal lakonan, tiada yg perlu dipertikaikan. Pine dan Quinto melakukan tugas dengan baik. Ditambah pulak lakonan John Cho sebagai Sulu, Zoe Saldana sebagai Uhura dan Simon Pegg (Scotty) mungkin akan menambahkan lagi keseronokkan ketika menontin filem yg akan dtg 2 3 ari lagi nih.... wawawa... tapi saya tak dapat tgk... Dapat tgk preview ngan the making ja~ T.T...................

Walaupon sesetengah babak dipenuhi dialog, tapi tak membosankan kot. Malah, ia munhkin akan lebih menarik utuk di ikuti ( kot~). Mungkin setiap satunya akan menerangkan jalan cerita dgn lebih teperinci.... hehe pandai2 ja.....

Apa2 pon kepada sesiapa yang berkesempatan menonton filem nih... Aku ucapkan selamat menonton lah k.... tonton lah untuk aku skali deh~ hahaha.... Aku yakin filem nih best... bukan nak kata... tapi filem2 dr sana kenyakkan nya tak mengecewakan... Bukan maksud aku nak mengondemkan filem2 kita... tapi tu lah hakikatnya... huhu klu tersalah ckp mintak maap lah k... i'm sorry~~~( ala2 mamat dlm Raja Lawak tu tapi aku lupa nama dia he~)

.::: AKAN DATANG :::.

Saja aku nak selit skit sal Transformer nih.... buat ramai skit entri kali nih.. hehe.... ^^

Filem:
Transformers: Revenge Of The Fallen
Arahan: Micheal Bay
Lakonan: Isabel Lucas, Josh Duhamel, Megan Fox Dan Shia LaBeouf
Genre: Aksi / Sains Fiksyen
Tayangan: 24 Jun 2009 ( hehe yang nih kompem saya dapat tgk~ yahoo~~)



Photobucket

Photobucket

DECEPTICON kembali ke bumi utk menyempurnakan misi mereka iaitu menankap Sam Witwicky, hero muda yang tahu terlalu banyak perkara mengenai dunia Transformer.

Kali ini, Optimus Prime dan rakanya bakal menerima satu serangan yang luar biasa apabila Decepticon hadir dgn sejumlah robot yang lebih besar dan ganas!!!

Sekali lagi Optimus Prime, bergabung dgn pasukan tentera demi menyelamatkan manusia dan bumi dari daripada menjadi mangsa serangan ganas Decepticon...... huhu~ Tak sabaq nak tgk.....
Satu lagi filem yg aku pasti tak kan mengecewakan para penonton...... Nantikan kemunculan filem ini di Pawagam berdekatan~ aha~

Jas:- wawawa dah tghari dah... uiks bukan dah nak petang dah.... patut ar aku rasa lapaq semacam ja~ Jom jom mkn dulu.... Jyaaaa~~

4 Comments & Keritik:

ASYRAF A said...

ye3.
btol3.

.::: JaSLizA :::. said...

apa yg betul tu? ^^ hehe

reen mama zaraa said...

Wei....Jas!!!
Rajin tol hg wat blog ni ek....
Macam2 cerita ada,huhuhu....
dah tgok fp aku ker???
Syok aku tgok pic hg bertunang ngan azis.....
X sangka panjang jodoh korang ek....Smoga sampai ke jinjang pelamin dan seterusnya dapat anak n bahagia selamanya.....huhu!!!!
Aku tumpang gumbira tgok...
Kim salam kat azis.....
Keep In Touch yea......

reen mama zaraa said...

Sorry kalu x knal,comment kat atas tu aku laa....cherina!!