Ya itu dia~
Arini pagi2 lagi mak aku dah paksa aku ikut dia balik kg.... huhu... dengan kudrat yg ada aku pon berusaha lah dgn susah payah nya ikut depa balik kg... Amat lah tersiksa utk kaki ini melangkah huhu~
Sampai ja kart kg... Hujan trun lebat lah jugak.... Tapi seb baik astro tak wat hal bley lah aku layan tv kart sana... Kul 1.30pm td kart ntb seven da The MakingX-Men Origin:Wolverine.... huhu tak dapat tgk muvi tgk making pon jadi la~ best jgk tgk making td..... Tak sabaq nak tggu dvd kuaq....
Berikut adalah serba sedikit mengenai muvi ni.....
Filem : X-Men Origin ( Wolverine)
Pengarah: Gavin Hood
Pelakon: Dominic Monaghan, Hugh Jackman, Liev Schreiber dan Ryan Reynolds
Genre: Aksi/Thriller
Tayangan: 29 April 2009
.::: Kemampuan Luar Biasa Dua Bradik :::.
Klu nak membandingkan filem ni ngan kisah yg dipaparkan menerusi komik, sejarah dan permulaan wujudnya Wolverine sedikit berbeza.
Menerusi X-men Origins:Wolverine, watak logan atau Wolvarine (lakonan Hugh Jackman) dan Victor Creed atau Sabertooth (Liev Schreiber) yang dikatakan adik-beradik sejak kecil berbeza dengan apa yang dilakarkan dalam komik.
Menurut komik bejudul origin, Sabertooth adalah anak tukang kebun yang bekerja dengan keluarga Logan yang kemudian diambil sebagai anak angkat oleh keluarga berkenaan apabila Logan melarikan diri.
Maybe beberapa perubahan dilakukan sutradara Gavin Hood terhadap cerita ini untuk menjadikannya lebih menarik. Namun daripada sudut lain, peminat komik mungkin sedikit kecewa apabila jalan ceritanya diubah begitu.
Permulaan crita, penonton dibawa kepada zaman kanak-kanak dimana Logan dan Sabertooth menjadi adik-beradik yang kemudian melarikan diri kerana tidak diterima oleh keluarga disebabkan memiliki kebolehan luar biasa. Logan memiliki kemampuan mengeluarkan 'tulang' dari kedua2 tangannya, manakala Creed mempunyai naluri seperti serigala.
Kemudian, mereka dimanipulasi oleh sebuah organisasi dan kebolehan itu disalahgunakan mereka. Bagaimanapun, Logan yg tak berminat membunuh org tidak berdosa menarik diri dan diakhir critanya, dia diburu oleh Creed.
Untuk menewaskan abangnya, Logan perlu mempunyai 'senjata' yg lebih tajam. Sekali lagi dia dimanipulasi oleh organisasi berkenaan apabila dijanjikan kebolehan yg tak ada tolok bandingnya. Di sini, penonton mendapat gambaran jelas bagaimana Logan memiliki sepasang kuku besi ( senjata X ).
Teknik janaan komputer digunakan juga menarik. Setiap satu babak ditampilkan dengan jelas tanpa cacat cela.
Pegaduhan antara Wolverine dan Sabertooth di atas tangki nuklear dan perselisihan paham hingga mengakibatkan pertengkaran antara Wolvarine dan Gambit ( lakonan Taylor Kitsch ) juga tak mengecewakan. 'Kuasa' dimiliki setiap karektor kartun Marvel diterjemahkan dengan baik.
Daripada segi lakonan, Jackman berjaya membawa wataknya dengan berkesan. Jackman seharusnya berbangga dengan hasil kerja kali ini walaupun ada yang mempersoalkan kenapa Wolvarine kali ini lebih kacak daripada sebelumnya... huhu~ maybe rambut si Wolvarine nih mcm pendek n tak tebal seperti sebelum nih kot... Ntah~
- The End -
Jas :- huhu tgh menahan kesakitan nih.... tadi pas magrib aku gi cuci luka kart klinik... pedih amat~ ... Lapaq ar jemput mkn semua.... Sini ada pasembor baik punya... nyum nyum....
Sunday, May 3, 2009
.::: Al - Kisah Untuk Ari Ini ::::.
Posted by .::: JaSLizA :::. at 3:56 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments & Keritik:
Post a Comment