Tuesday, May 12, 2009

.::: Khazanah Aku :::.

Hurmm busan ari ni pns terik,,,,
Tak da pa nak buat...
Aku kemas n lap2 segala mcm khazanah2 aku tu...
hehe...
Ni sebahagian dari harta benta aku yg paling aku syg....
Nnt leh keturun kart anak2 aku lak...
huahuahua.....

Monday, May 11, 2009

.::: Mencari Positif di Sebalik Negatif :::.

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada”

Jas:- Aku bersyukur dgn apa yg aku ada skrg... Alhamdulillah

Sunday, May 10, 2009

.::: Huru Hara :::.

wawawa.... penin aku men ngan colour nih....
Saja lah jemu dah tgk bg lama tu...
Tringin nak tukaq yg baru...
Pas warna kart post aku yg sblm nih mcm lari jauh plak....
Hah~ malaih aku nak oter balik... heh~
Nnt2 ja lah.... Ngantok dah ponn....
Jom kita tidoq dulu.....
Sweet dream utk aku.............
Oyasumi.......

Saturday, May 9, 2009

.::: Monsters VS Aliens :::.

Filem: Monsters VS Aliens
Arahan: Conrad Vernon dan Rob Letterman
Suara Latar: Kiefer Sutherland, Rain Wilson, Reese Witherspoon dan Seth Rogen
Genre:
Animasi
Tayangan: 28 Mei 2009



Apabila sebiji tahi bintang terhempas ke bumi, secara tidak lansung ia terkena kanak-kanak perempuan, Susan Murphy. Kerana radiasi berlebihan, Susan akhirnya bertukar menjadi besar seolah-olah raksasa.

Dalam masa sama, Susan dibawa ke sebuah kawasan tentera lalu ditempatkan bersama raksasa yg lain.

Kehidupan anak kecil ini akhinya bertukar apabila dia terpaksa bersatu tenaga bersama kumpulan raksasa berkenaan untuk menyelamatkan bumi.


Jas:- Muvi ni sgt best dan lawak..... Nnt pakat2 pi tgk tau.... ^-^

Friday, May 8, 2009

.::: One Piece :::.


Huaaa~ Dah hampir setaun kot aku tak layan anime nih....
sementara da masa n pluang nih
baik aku layan puaih2 hehehe....
Arini kita layan One Peace....
Jom....
Klu start layan nih kompem ssh nak benti...
silap2 kontiniu kontiniu dan kontiniu lagi...
Almaklomlah takda menda pa nak wat....
hehe....

.::: Hepi Besday Mak :::.



Dalam hati setiap manusia

Ada tempat , istimewa
Menjelmanya , Kasih suci
Yang tidak ada bandingannya

Kasih ini kusembahkan padamu
Sungguh murni , tak terhingga
Andai kata , kau tak ada
Aku merasa tak bahagia ....

Ibu , Ibu , Engkaulah Ratu Hatiku
Bila , ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu , Ibu , Engkaulah Ratu Hatiku
Tempatku menyerah kasih , tiap waktu
Betapa tidak , kerna engkaulah yang menyinarkan hidupku
Sepanjang Masa , Engkau bekorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu , Ibu , Engkaulah Ratu Hatiku
Kau tak dapat ku lupaka , Wahai , IBUuuuuuuuuuuu......

Ekceli besday mak aku esk.... tapi saja kami sambut awal sehari... kebetulan arini pasar mlm... ada jual Yong Tau Foo yg sedap~ bangat~.... So arini sambut besday mak aku ngan Yong Tau Foo Sate, Ayam dan semestinya lah kan sebiji kek yg amat sedap.... Mak nampak hepi sgt... Puas hati aku tgk... ^-^ walaupun sambutan td mmg ringkas gila2 tapi smua tu amat bemakna.... tlupa seketika pasal kaki aku yg sakit ni.. hehe... Selamat Ari Lahir Mak.... Semoga panjang umor k... Sayanggggggggggg Mak Sgt~ muah muah muah............ Tanpa mak sapa lah aku..... Mak lah segalanya bagi aku....

Thursday, May 7, 2009

.::: Ice Age 3: Dawn Of The Dinasour :::.

Photobucket

Salam..
Apasal la sejak dua menjak nih rajin sungguh
aku post entri sal muvi itu muvi ini...
Nampak sgt tak yang aku nih
mcm dah kepunan sgt nak tak wayang?
hehe tak kan? kan kan kan?
( kepunan jugak kot )...
Ya arini da satu gi info sal muvi fav aku....
Kali ini bergenrekan animasi plak....
Ice Age 3: Dawn Of The Dinasour
Photobucket
.::: Akan Datang :::.

Filem:
Ice Age 3: Dawn Of The Dinasour
Arahan: Carlos Saldanha
Suara Latar: Denis Leary, John Leguizamo, Queen Latifah dan Ray Romano
Genre: Animasi
Tayangan: 1 Julai 2009





Diego, Manny dan sid kembali dengan pengembaraan lebih mencabar... Kali ni membabitkan dinasour. Lebih menarik, Ice Age 3 akan ditayangkan dalam bentuk 3D ( jgn lupa bwk spek mata 3D tau hehe... )

Saksikan pelbagai telatah menggelikan hati daripada Diego, Manny dan Sid bersama-sama rakan baru yang menggerunkan ( Grrrrrrr~~)

Jas:- Tgh sronot... Sbb? Shhh~~ rasia :p

Tuesday, May 5, 2009

.::: Pertempuran Kapal Angkasa :::.

Salam...

Rasanya smua pon sedia maklom kan... 8 Mei 2009 sebuah filem yg bergenrekan aksi dan sains fiksyen iaitu Star Trek bakal muncul di pawagam2 yg bedekatan..... huhu... yang nih pon lom pasti aku dapat tgk or tak... wawawawa... Klu tak silap tak lama gi Transformer nak kuar lg... ha~ yg nih kompem aku leh g tgk kot hehehe...

Takpa lah pa2 pn kena sabaq byk2 lu... Kat sini da serba skit pasal filem Star Trek nih...

Filem: Star Trek
Pengarah: JJ Abrams
Pelakon: Chris Pine, Eric Bana, Zachary Quinto dan Zoe Saldana
Genre: Aksi / Sains Fiksyen
Tayangan: 8 mei 2009
Website: http://www.startrekmovie.com/



Secara ringkasnya, hasil karya sutradara JJ Abram ini mempuyai pelbagai eleman untuk mencecah kutipan pecah panggung ( mungkin kot ). Keunikan peralatan dan pakaian yang direka pereka mengikut ciri filem itu, pengunaan sistem janaan komputer (CGI) yang hebat,dialog,jalan crita, plakonnya serta penggunaan plot menarik mampu mengangkat crita ini sebagai filem hebat ( ewah tunggu dan lihat lah kart pawagan nnt puji lebih2 plak dah :p ).

Membandingkan sekuel terbaru ini dengan filem asalnya yang pernah ditayangkan di layar lebar pada 2003 iaitu Star Trek: Nemesis, kesan yang diperoleh sewaktu menonton crita ini mungkin lebih besar. Coz dulu2 penggunaan CGI kurang memuaskan. malah, jalan critanya seakan-akan sama seperti dipaparkan di kaca TV.

Kali ini Star Trek membawa penonton kepada sejarah awal bagaimana terjadinya watak Kirk,Spock,Uhura,sulu dan Scotty. sedikit sebanyak, sesiapa yang menonton filemnya yang terdahulu akan dapat melihat kisah mereka sebelum begelar anggota The Enterprise.

Permulaan 15minit pertama, penonton dibawa kepada zaman kanak-kanak James Tiberius Kirk (lakonan Chris Pine) sebagai anakladang yang hidup bebas tanpa terikat dengan peraturan.

Kerana sejarah silam yang membunuh ayahnya iaitu Kapten kapal The Enterprise, Kirk dilarang ibunya untuk mengikut jejak langkah ayahnya.Kerana itu, Kirk membesar sebagai anak ladang yang liar.

Namun, seorang kenalan ayahnya mempelawa Kirk mengikuti latihan khas untuk menjadi sebahagian anggota The Enterprise kerana percaya dengan kebolehannya. Dari sini, kita dapat lihat bagaimana Kirk mampu menjadi kapten kapal yang 'bijak'.

Secara tidak lansung, filem ini turut menceritakan bagaimana Spock ( Zachary Quinto) membesar dalam keadaan sukar. Sebagai 'Spock', dia tak seharusnya mempunyai perasaan seperti manusia, namum sebaliknya berlaku huhu....

Mengimbau kembali jalan crita Star Trek: Nemenis, sebuah kapal angkasa yang dimiliki kaum Romulan cuba menghapuskan pihak persekutuan yang menjaga alam semesta. Meskipun filem ini turut memaparkan jalan crita sama, namum impak utk filem kali ini mungkin lebih besar kot.

Kapal Romula lebih besar dan 'gerun' berbanding dulu. Mereka bukan saja menyerang kapal angkasa, tetapi turut memusnahkan planet yg dihuni pelbagai makhluk, termasuk bumi~

Menyentuh soal lakonan, tiada yg perlu dipertikaikan. Pine dan Quinto melakukan tugas dengan baik. Ditambah pulak lakonan John Cho sebagai Sulu, Zoe Saldana sebagai Uhura dan Simon Pegg (Scotty) mungkin akan menambahkan lagi keseronokkan ketika menontin filem yg akan dtg 2 3 ari lagi nih.... wawawa... tapi saya tak dapat tgk... Dapat tgk preview ngan the making ja~ T.T...................

Walaupon sesetengah babak dipenuhi dialog, tapi tak membosankan kot. Malah, ia munhkin akan lebih menarik utuk di ikuti ( kot~). Mungkin setiap satunya akan menerangkan jalan cerita dgn lebih teperinci.... hehe pandai2 ja.....

Apa2 pon kepada sesiapa yang berkesempatan menonton filem nih... Aku ucapkan selamat menonton lah k.... tonton lah untuk aku skali deh~ hahaha.... Aku yakin filem nih best... bukan nak kata... tapi filem2 dr sana kenyakkan nya tak mengecewakan... Bukan maksud aku nak mengondemkan filem2 kita... tapi tu lah hakikatnya... huhu klu tersalah ckp mintak maap lah k... i'm sorry~~~( ala2 mamat dlm Raja Lawak tu tapi aku lupa nama dia he~)

.::: AKAN DATANG :::.

Saja aku nak selit skit sal Transformer nih.... buat ramai skit entri kali nih.. hehe.... ^^

Filem:
Transformers: Revenge Of The Fallen
Arahan: Micheal Bay
Lakonan: Isabel Lucas, Josh Duhamel, Megan Fox Dan Shia LaBeouf
Genre: Aksi / Sains Fiksyen
Tayangan: 24 Jun 2009 ( hehe yang nih kompem saya dapat tgk~ yahoo~~)



Photobucket

Photobucket

DECEPTICON kembali ke bumi utk menyempurnakan misi mereka iaitu menankap Sam Witwicky, hero muda yang tahu terlalu banyak perkara mengenai dunia Transformer.

Kali ini, Optimus Prime dan rakanya bakal menerima satu serangan yang luar biasa apabila Decepticon hadir dgn sejumlah robot yang lebih besar dan ganas!!!

Sekali lagi Optimus Prime, bergabung dgn pasukan tentera demi menyelamatkan manusia dan bumi dari daripada menjadi mangsa serangan ganas Decepticon...... huhu~ Tak sabaq nak tgk.....
Satu lagi filem yg aku pasti tak kan mengecewakan para penonton...... Nantikan kemunculan filem ini di Pawagam berdekatan~ aha~

Jas:- wawawa dah tghari dah... uiks bukan dah nak petang dah.... patut ar aku rasa lapaq semacam ja~ Jom jom mkn dulu.... Jyaaaa~~

.::: Takda Yg Menarik :::.

Hurmm... Takda apa yg menarik utk arini... Just dok lepak lam bilik ja seharian... Disamping menambahkan lagi bil telepon aku nih dengan menelepon kwn2 yg ada... haha... habis lah aku ujung bulan nnt... Abis nak mengadap bil telepon yg melambung lambung ke awan biru~ uiks... huhu...

Arini petang baru aku kuar bilik... Bukan pa kuar nak layan Merah Puteh hehe... Layan jugak crita tu... Pas abis crita tu... Mcm biasa lah aktiviti wajib yg tak tau smpai bila lagi nak belarutan... huhu aktiviti mencuci luka lukaku ini.... adus!! sakit amat... Nak wat cmmana kan terpaksa lah... huhu...

K la... Time to Sleep...

Oyasuminasai smua.....

Sweet Dream utk aku~ :p

Photobucket

Nak tido mcm baby ni bole~

Sunday, May 3, 2009

.::: Lepak Kart Youtube :::.

Tengahari nih xda menda sgt nak buat..... Tringat plak sal satu video nih... aku tgk kat satu blog nih
http://animecrazy-izzah.blogspot.com/ video Koq~ Anas Tahir ngan Akbar... Best jugak... Boleh lah ngisi masa lapang yg ada... Pas ilang2 kan boring kan...

Ni salah satu dr cover yg si Anas Tahir Koq~ nih wat...





Layan je lah wokek.... Saiyonara~

.::: Al - Kisah Untuk Ari Ini ::::.

Ya itu dia~
Arini pagi2 lagi mak aku dah paksa aku ikut dia balik kg.... huhu... dengan kudrat yg ada aku pon berusaha lah dgn susah payah nya ikut depa balik kg... Amat lah tersiksa utk kaki ini melangkah huhu~

Sampai ja kart kg... Hujan trun lebat lah jugak.... Tapi seb baik astro tak wat hal bley lah aku layan tv kart sana... Kul 1.30pm td kart ntb seven da The MakingX-Men Origin:Wolverine.... huhu tak dapat tgk muvi tgk making pon jadi la~ best jgk tgk making td..... Tak sabaq nak tggu dvd kuaq....

Berikut adalah serba sedikit mengenai muvi ni.....

Filem : X-Men Origin ( Wolverine)
Pengarah: Gavin Hood
Pelakon: Dominic Monaghan, Hugh Jackman, Liev Schreiber dan Ryan Reynolds
Genre: Aksi/Thriller
Tayangan: 29 April 2009

.::: Kemampuan Luar Biasa Dua Bradik :::.

Klu nak membandingkan filem ni ngan kisah yg dipaparkan menerusi komik, sejarah dan permulaan wujudnya Wolverine sedikit berbeza.

Menerusi X-men Origins:Wolverine, watak logan atau Wolvarine (lakonan Hugh Jackman) dan Victor Creed atau Sabertooth (Liev Schreiber) yang dikatakan adik-beradik sejak kecil berbeza dengan apa yang dilakarkan dalam komik.

Menurut komik bejudul origin, Sabertooth adalah anak tukang kebun yang bekerja dengan keluarga Logan yang kemudian diambil sebagai anak angkat oleh keluarga berkenaan apabila Logan melarikan diri.

Maybe beberapa perubahan dilakukan sutradara Gavin Hood terhadap cerita ini untuk menjadikannya lebih menarik. Namun daripada sudut lain, peminat komik mungkin sedikit kecewa apabila jalan ceritanya diubah begitu.

Permulaan crita, penonton dibawa kepada zaman kanak-kanak dimana Logan dan Sabertooth menjadi adik-beradik yang kemudian melarikan diri kerana tidak diterima oleh keluarga disebabkan memiliki kebolehan luar biasa. Logan memiliki kemampuan mengeluarkan 'tulang' dari kedua2 tangannya, manakala Creed mempunyai naluri seperti serigala.

Kemudian, mereka dimanipulasi oleh sebuah organisasi dan kebolehan itu disalahgunakan mereka. Bagaimanapun, Logan yg tak berminat membunuh org tidak berdosa menarik diri dan diakhir critanya, dia diburu oleh Creed.

Untuk menewaskan abangnya, Logan perlu mempunyai 'senjata' yg lebih tajam. Sekali lagi dia dimanipulasi oleh organisasi berkenaan apabila dijanjikan kebolehan yg tak ada tolok bandingnya. Di sini, penonton mendapat gambaran jelas bagaimana Logan memiliki sepasang kuku besi ( senjata X ).

Teknik janaan komputer digunakan juga menarik. Setiap satu babak ditampilkan dengan jelas tanpa cacat cela.

Pegaduhan antara Wolverine dan Sabertooth di atas tangki nuklear dan perselisihan paham hingga mengakibatkan pertengkaran antara Wolvarine dan Gambit ( lakonan Taylor Kitsch ) juga tak mengecewakan. 'Kuasa' dimiliki setiap karektor kartun Marvel diterjemahkan dengan baik.

Daripada segi lakonan, Jackman berjaya membawa wataknya dengan berkesan. Jackman seharusnya berbangga dengan hasil kerja kali ini walaupun ada yang mempersoalkan kenapa Wolvarine kali ini lebih kacak daripada sebelumnya... huhu~ maybe rambut si Wolvarine nih mcm pendek n tak tebal seperti sebelum nih kot... Ntah~

- The End -

Jas :- huhu tgh menahan kesakitan nih.... tadi pas magrib aku gi cuci luka kart klinik... pedih amat~ ... Lapaq ar jemput mkn semua.... Sini ada pasembor baik punya... nyum nyum....



Saturday, May 2, 2009

.::: Hari Ini :::.

Hurmm arini tak da menda nak buat sgt... sama mcm 2 3 ari sebelum nih... pegerakan terbatas... luka tak sembuh sepenuhnya lagi...

Tadi pagi bgn awal.... tapi lam kul 8 terlena balik :p.... kul 11 baru betul2 bgn.... Pas layan tv sat... tgk herose tgk smallvile tgk AF tgk ulangan Raja Lawak tgk Pondok2 tgk Tom Tom Bak tgk SpongeBob tgk Wonderpet tgk Ole2 Chef Wan.... hehe mcm2 lah yg aku tgk..... Dah tahap nak meletup kot tv tu...

Pas mlm plak aku melawat blog2 yg ada... best jugak mcm2 crita aku baca... ada yg dapat keja... ada yg bz.... ada yang balik kampung.... ada yg tgh hepi... ada yang tgh wat pesiapan nak btunang... ada yg dah nak jadi ayah tak lama lagi..... mcm2 lah.... best jugak....

Mlm nih da konsert AF pas ada AIM plak... tapi klu aku pilih tgk AIM lah kot... sbb AF kan ada ulangan.. hehe... tapi last2 dua2 pn tak leh nak tgk... kart sini ujan lebat dari petang tadi lagi... bila ujan dah lebat paham2 ja lah... Astro pn wat hal lah... apa pn tak leh tgk....

hurmm... layan lagu lah plak kot... erm lagu apa hah? erm lagu peterpan ok? boleh lah kot....

---->> PeterPan - Ku Katakan Dengan Indah....

Kukatakan dengan indah
Dengan terbuka
Hatiku hampa
Sepertinya luka
Menghampirinya

Kau beri rasa
Yang berbeda
Mungkin kusalah
Mengartikannya
Yang kurasa cinta

* Tetapi hatiku
Selalu meninggikanmu
Terlalu meninggikanmu
Selalu meninggikanmu

** Kau hancurkan hatiku
Hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu

Kau terangi jiwaku
Kau redupkan lagih
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu

Huhu.... Sedih plak dgr lagu nih.... Trasa mcm ditiggalkan plak... Tapi tak lah.... Jgn~ jgn~ T.T