Kehidupa manusia di dunia penuh dengan peristiwa suka duka, gelak tawa dan air mata.....
Setiap perkara yang terjadi di atas dunia maya ini mempunyai hikmah yang tersendiri. Maha suci Allah yang maha mengetahui atas segala yang dijadikan. Kadang2 telintas dibenak kita : Mengapa aku dijadikan? Siapa aku? Untuk apa aku disini? ke mana aku akan pergi selepas ini?
Islam yang syumul telah menyediakan jawapan kepada persoalan2 tersebut. Seperti mana telah berlaku dialog antara Allah dan para malaikat-Nya mengenai tujuan kejadian manusia: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini. Mereka berkata: 'Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi manusia yang akan membuat kerosakkan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?' Tuhan berfirman: ' Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" (Al-Baqarah: 30)
Kehidupan manusia di dunia penuh dengan suka duka, gelak tawa dan airmata. Kiasan hidup ini umpama sebuah roda, ada masa kita ke atas, di masa lain mungkin di bawah pula, tetapi ada juga kehidupan insan itu berakhir dengan kerugian dan kemurkaan Allah Yang Maha Esa. ( Jangan berdukacita dengan kesalahan yg kecil. Jangan juga menyalahkan diri, sebaliknya terus maju dan bangun mencipta dunia)
Hidup tidak akan terlepas daripada ujian, samada berbentuk kesenangan mahupun kesusahan. Bahagialah orang yang mendapat kesenangan dan berdukacitalah orang yang ditimpa kesusahan dan musibah dalam hidup. Namun, disebalik setiap ujian Allah itu terkandung seribu satu hikmah yang kadang2 tidak tersingkap oleh akal manusia yang cetek dan lemah.
Wednesday, February 11, 2009
.::: Kehidupan :::.
Posted by .::: JaSLizA :::. at 11:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments & Keritik:
Post a Comment