Sesiapa yang cuai berdoa disifatkan sebagai orang yang sombong
Allah berfirman dalam Al-Quran "Dan berkata Tuhan kamu,berdoalah kepada-Ku nescaya akan Aku kabulkan untuk kamu." ( Al-Mukmin: 60 )
Rasulullah pernah menenangkan hati para Sahabat yang resah dengan menyuruh mereka merayu kepada Yang Maha Mendengar dengan berdoa. Itulah senjata yang paling efektif dan berguna buat Muslimin. Sabda baginda bermaksud: "Doa itu senjata orang Mukmin."
Penyayangnya Allah kerana tidak lupa memberi kita wasilah atau cara untuk berdialog dengan-Nya.Tambahan pula sesiapa yang cuai berdoa disifatkan sebagai seorang yang sombong. Apabila seseorang itu berasa tidak perlu berdoa atau malas berdoa, maka seolah-olah dia tidak berhajat kepada Allah s.w.t Dia berasa sudah cukup dan selamat dengan usaha,kejayaannya,kekayaan,harta dan mengaggap mampu berusaha dengankudrat mereka sendiri.
Doa adalah senjata org Mukmin, yang mampu mengubah qada' seseorang. Sayangnya, ramai yang melihat doa itu sebagai satu yang remeh. Akibat daripada pegangan yang salah ini, ramai yang terlepas pandang mengenai senjata yang hebat itu.
Kebiasaannya, apabila dirundung masalah atau musibah, manusia yang tidak meletakkan Allah sebagai tempat mengadu akan meminta tolong dan mengadu kepada manusia lain untuk menyelesaikan masalahnya. Mereka lebih suka mengadu kepada sesama manusia. Manusia tidak akan mampumelakukan sesuatu tanpa keizinan Allah.
Sebaliknya sifat orang-orang mukmin itu apabila ditimpakan ke atasnya musibah atau ujian hidup, maka bersegeralah mereka mencari dan mengadu kepada Allah yang berkuasa mutlak ke atas segala-galanya.
Allah berfiman bermaksud:"Kepada-Mu kami sembah dan kepada-Mu kami minta pertolongan." ( Al-Fatihah: 5 )
Bayangkan bagaimana seseorang manusia yang menghadapi kesusahan bersegera menharapkan bantuan manusia tanpa menadah tangan lansung ke hadrat Ilahi boleh menangani musibah itu kerana hakikatnya bantuan manusia belum tentu dapat menghapuskan kesusahan di hati. Berlainan dengan orang-orang mukmin yang menaruh suatu pengharapan besar dengan janji Allah s.w.t Mereka yakin dengan janji Allah Yang Maha Mendengar, yang akan memperkenan doa-doa hamba-Nya. ^-^
Wednesday, February 18, 2009
.::: Doa :::.
Posted by .::: JaSLizA :::. at 10:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments & Keritik:
Post a Comment